15 Oktober 2009

Mesyuarat Jawatankuasa kali ke 3 2009

Alhamdullillah, jawatankuasa telah pun bermesyuarat bagi membincangkan perancangan aktiviti yang akan dijalankan pada masa terdekat. Mesyuarat ini telah dijalankan pada 8-10-2009 bertempat di Bangunan LRMS, INSTEP.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Setiausaha persatuan, En. Zainaldin Ismail memandangkan Presiden sekarang, Alizan Ismail berada di United Kingdom bagi menyambung pembelajaran di Peringkat Ijazah sarjana Muda.



Mesyuarat ini juga telah disertai oleh En. Mansor Ali bagi mewakili INSTEP dan wakil2 kawasan di OPU pantai timur.

Hasil perbincangan yang telah diadakan, pihak persatuan telah mendapat persetujuan awal dari pihak INSTEP untuk mengadakan program yang mengimbau kenangan para bekasan pelajar semasa belajar di ILPP/INSTEP satu masa dulu.









Program yang dinamakan 'sirih pulang
ke gagang', akan berkonsepkan hari keluarga dimana semua bekasan ILPP/INSTEP akan sama sama berkumpul diINSTEP bersama anak anak isteri bersama ahli ahli yang lain. Ahli ahli akan diberi peluang untuk menginap di Hostel INSTEP yang bertaraf hotel bagi 50 peserta terawal manakala ahli yang selebihnya akan
ditempatkan di Hotel berdekatan.

Pihak INSTEP juga telah memberi 'lampu hijau' untuk persatuan mengunakkan kemudahan yang terdapat di INSTEP bagi menjayakan program ini.

Pihak persatuan merakamkan setinggi tinggi perhargaan kepada pihak INSTEP diatas sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh INSTEP dalam menrealisasikan program ini.













Antara jawatankuasa yang hadir ialah En Zamri (timbalan presiden) dari PPTSB, Lala dari PPTSB, Norzaimi dari GPP B, Rahim dari INSTEP dan beberapa orang AJK lagi.