30 November 2009

Program Sirih Pulang Ke Gagang

Pihak Persatuan ALUMNI INSTEP ingin menjemput semua lepasan INSTEP/ILPP untuk sama sama menyertai program Sirih Pulang Ke Gagang yang dijadualkan akan diadakan pada 24 hingga 26 Disember 2009.

Program ini adalah berkonsepkan Hari Keluarga yang akan mempertemukan semua kenalan semasa sama sama belajar di ILPP/INSTEP dulu.

Tempat penginapan akan diuruskan oleh pihak ALUMNI INSTEP tetapi bayaran adalah dibawah kos masing masing dengan 3 pilihan penginapan :
i. Hostel INSTEP
ii. Budget Resort
iii. Hotel yang berdekatan dengan INSTEP.

Ianya terbuka kepada semua yang pernah belajar di ILPP/INSTEP tanpa mengira 'Intake' ataupun jantina.

Mesyuarat Agung Tahunan 2009 juga akan diadakan serentak pada 25 Disember jam 9.00 pagi bagi memilih kempimpinan ALUMNI INSTEP yang baru.

Berikut adalah tentative aturcara bagi program ini :
Hari pertama 24-12-2009:
bermula jam 4.00 petang- Pendaftaran dan check in
8.30 malam - Majlis perasmian dan BBQ.

Hari kedua 25-12-2009
8.00 pagi - sarapan
9.00 pagi - Mesyuarat Agung bermula (Lepasan INSTEP)
9.00 pagi - Pertandingan mewarna untuk anak anak / Sukaneka kanak kanak
11.00 pg. - Sukaneka

1.00 t/hari - Lunch / Solat Jumaat.

2.30 ptg - Program bersama INSTEP / Acara keluarga
5.00 ptg - Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

Pilihan 1 : 6.00 ptg - Check out

Hari Ketiga : 26-12-2009
8.00 pagi - Lawatan ke tempat yang akan dimaklumkan.

Borang penyertaan boleh didapati sebagaimana berikut :

Zainali@petronas.com.my atau tanjungbara@yahoo.com.my


bagi yang berkerja dengan petronas;

GPP - Norzaimi b Azam

PPTSB - Zamri bin Mohammad

EPEMSB - Johan Iskandar b M sidik

PCSB onshore : Norliza bt Othman

PCSB offshore : M Kamal b M A Ghani

KIPC : Salman b M zaki

Qatar : Hamdan b Omar ( email : hbomar@rasgas.com.qa atau onadmah@yahoo.com



Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10-12-2009

Lepasan pelajar yang belum menjadi alumni INSTEP disyaratkan menjadi ahli semasa pendaftaran untuk program ini yang dijangka bermula pada 19 November 2009. Yuran tahunan adalah sebanyak RM10 dan pendaftran RM10.00.

Ahli ahli yang masih belum menjelaskan yuran Tahunan juga disyaratkan untuk menjelaskan pada tarikh tersebut.

ALUMNI INSTEP di PETRONAS NET FORUM 2009

Persatuan Alumni INSTEP telah diberi peluang oleh pihak pengurusan INSTEP untuk membuka satu booth bagi pendaftaran ahli ahli baru semasa program PETRONAS NET FORUM 2009. Program ini telah diadakan di Mega Hotel, Miri, Sarawak pada 5-6 November 2009 yang lalu.

Pihak Alumni INSTEP telah diwakili oleh saudara Zamri bin Mohammad dari PP(T)SB sebagai liason officer bagi program tersebut selaku timbalan presiden. Objektif penglibatan persatuan ALUMNI INSTEP dalam program sebegini adalah untuk mendaftarkan seberapa ramai ahli dan juga memberi penerangan mengenai ALUMNI INSTEP


PETRONAS NET FORUM 2009 telah disertai lebih daripada 300 NET yang berkhidmat diseluruh PETRONAS. Antara agenda PETRONAS NET FORUM 2009 adalah untuk memberi penerangan dan satu platform kepada semua NET termasuk lepasan INSTEP/ILPP mengenai peluang yang mungkin boleh mereka perolehi.

Alhamdulillah, dengan penglibatan ALUMNI INSTEP dalam PETRONAS NET FORUM 2009 ini, sambutan yang diberikan amat mengalakkan sekali dimana liason officer yang bertugas tidak menang tangan melayani pertanyaan bekas pelajar dan juga jemputan. Hasil dari penglibatan ALUMNI INSTEP di PETRONAS NET FORUM 2009 ini juga telah memberi semangat kepada ALUMNI INSTEP dalam mengiatkan aktiviti untuk kepentingan semua ahli.

Pihak ALUMNI INSTEP juga ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan INSTEP dalam menanggung kos untuk menghadiri program ini.

Semoga dengan penglibatan ALUMNI INSTEP dalam PETRONAS NET FORUM 2009, kesinambunngan dapat diteruskan di PETRONAS NET FORUM 2010 yang mana tarikh dan tempatnya masih terlalu awal difikirkan.