03 Februari 2010

SEMUA AHLI ALUMNI INSTEP DAN JUGA LEPASAN ILPP/INSTEP.

TUAN/PUAN adalah dijemput untuk menyertai pertandingan Bowling ALUMNI INSTEP 2010 sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan 2010.

Pertandingan ini akan dijalankan sebagaimana berikut :

Masa 2.00 petang hingga tamat. Jangkaan dalam 6.30 petang.

Tarikh : 20 Feb 2010 (Sabtu)

Tempat : U-Bowl, Mesra Mall, Kerteh, Terengganu.

kategori : Lelaki dan wanita (trio)

Hadiah :
10 Trio terbaik (L)
5 Trio terbaik (W)
5 Jatuhan pin tertinggi (L)
5 Jatuhan pin Tertinggi (W)

Setiap penyertaan akan diberi sehelai kemeja T ekslusif dari ALUMNI (100 peserta terawal sahaja termasuk Mesyuarat Agung).

Yuran Penyertaan :
RM 20 - ahli
RM30 - bukan ahli ( RM10 adalah untuk pendaftaran ahli)

Pek minuman dan makanan ringan akan dibekalkan semasa perlawanan.

Tarikh Tutup : 15-/02/2010

Borang Pertandingan :
Sila berhubung dengan :
Zamri bin Mohamad - PPTSB -019-9368668
Adi Azihar Harun - PPTSB - 013-9029996.
Zainaldin Ismail -PCSB -013-9287073
Norita Abdul Ghani - INSTEP - 019-9348176
NorZaimi Azam - GPP B -013-9282428

Dijemput kepada semua untuk bersama sama beriadah, bertanding dan juga bertemu semula dengan kenalan lama....


Tarikh : 01 Februari 2010

Semua Ahli ALUMNI INSTEP dan

Lepasan ILPP/INSTEP,

Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 4

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa bertepatan dengan Fasa 7.0 Perlembagaan Persatuan ALUMNI INSTEP, maka Mesyuarat Agung Tahunan telah ditetapkan seperti berikut:

Tarikh : 20hb. Februari 2010 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Kelab Golf dan Rekreasi PETRONAS (KGRP)

24300, Kerteh, Terengganu.

Sehubungan dengan itu, semua ahli ALUMNI INSTEP dan juga Lepasan pelajar ILPP/INSTEP adalah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ini.

Kehadiran Tuan/Puan/Saudara/Saudari amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

(ZAINALDIN BIN ISMAIL)

Setiausaha,

PERSATUAN ALUMNI INSTEP

S.k

1.0 Pendaftar Pertubuhan Malaysia cawangan Terengganu.

2.0 Penaung Persatuan ALUMNI INSTEP.

Agenda Mesyuarat Agung

Persatuan ALUMNI INSTEP Kali ke 4

1. Ucapan aluan oleh Wakil Presiden Persatuan ALUMNI INSTEP 2008/2009

2. Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung keempat oleh Penaung Persatuan ALUMNI INSTEP.

3. Pelancaran blog ALUMNI INSTEP

4. Minum pagi

5. Mesyuarat Agung bermula :

· Pemilihan pengerusi mesyuarat agung.

· Peringatan tatacara mesyuarat agung

· Perbentangan Laporan Kewangan.

· Perbentangan Laporan Aktiviti.

· Perbentangan dan Perbahasan Usul Usul sekiranya ada.

· Pembubaran Jawatankuasa Persatuan ALUMNI INSTEP 2008/2009.

· Pemilihan Jawatankuasa Persatuan ALUMNI INSTEP 2010/2011.


6. Ucapan Penangguhan oleh Presiden Persatuan ALUMNI INSTEP 2010/2011.

7. Cabutan Bertuah, makan tengahari dan bersurai.