30 November 2009

ALUMNI INSTEP di PETRONAS NET FORUM 2009

Persatuan Alumni INSTEP telah diberi peluang oleh pihak pengurusan INSTEP untuk membuka satu booth bagi pendaftaran ahli ahli baru semasa program PETRONAS NET FORUM 2009. Program ini telah diadakan di Mega Hotel, Miri, Sarawak pada 5-6 November 2009 yang lalu.

Pihak Alumni INSTEP telah diwakili oleh saudara Zamri bin Mohammad dari PP(T)SB sebagai liason officer bagi program tersebut selaku timbalan presiden. Objektif penglibatan persatuan ALUMNI INSTEP dalam program sebegini adalah untuk mendaftarkan seberapa ramai ahli dan juga memberi penerangan mengenai ALUMNI INSTEP


PETRONAS NET FORUM 2009 telah disertai lebih daripada 300 NET yang berkhidmat diseluruh PETRONAS. Antara agenda PETRONAS NET FORUM 2009 adalah untuk memberi penerangan dan satu platform kepada semua NET termasuk lepasan INSTEP/ILPP mengenai peluang yang mungkin boleh mereka perolehi.

Alhamdulillah, dengan penglibatan ALUMNI INSTEP dalam PETRONAS NET FORUM 2009 ini, sambutan yang diberikan amat mengalakkan sekali dimana liason officer yang bertugas tidak menang tangan melayani pertanyaan bekas pelajar dan juga jemputan. Hasil dari penglibatan ALUMNI INSTEP di PETRONAS NET FORUM 2009 ini juga telah memberi semangat kepada ALUMNI INSTEP dalam mengiatkan aktiviti untuk kepentingan semua ahli.

Pihak ALUMNI INSTEP juga ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan INSTEP dalam menanggung kos untuk menghadiri program ini.

Semoga dengan penglibatan ALUMNI INSTEP dalam PETRONAS NET FORUM 2009, kesinambunngan dapat diteruskan di PETRONAS NET FORUM 2010 yang mana tarikh dan tempatnya masih terlalu awal difikirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan